Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Persiapan Harimau Malaya kelayakan 2 piala di peringkat akhir
6/9/2015 11:48:01 AM
LATIHAN skuad kebangsaan bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 memasuki fasa terakhir dengan jurulatih, Dollah Salleh kini fokus terhadap keserasian kesebelasan utamanya. – Foto Goh Thean Howe
KELANA JAYA: Latihan skuad kebangsaan bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 memasuki fasa terakhir dengan jurulatih, Dollah Salleh kini fokus terhadap keserasian kesebelasan utamanya.
Malaysia dijadual bertemu Timor Leste pada perlawanan pertama kelayakan Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini dengan misi meraih mata penuh.
"Semuanya berjalan baik ketika ini cuma kita perlu cari keserasian dalam kesebelasan utama," kata Dollah ketika ditemui, di sini hari ini.
"Latihan ketika ini kita tumpu pada kesebelasan utama dan ini adalah persiapan terakhir menjelang perlawanan Khamis ini.
"Bagi saya ada peningkatan dapat dilihat terutama dalam keserasian pemain yang makin lama makin menjadi," katanya.
Dalam pada itu, Dollah turut memuji semangat barisan pemainnya yang kekal fokus sekalipun diakui berdepan sedikit keletihan.
"Saya dapat lihat semua pemain serius dalam latihan dan walaupun mereka sedikit keletihan, mereka tetap beri 100 peratus.
"Kita memang harapkan kemenangan dan dapatkan tiga mata untuk perlawanan pertama ini," katanya.
Mengulas keadaan dua pemain yang dilaporkan berdepan kecederaan, Junior Esdtal dan Farizal Marlias, Dollah berkata ia tidak serius.
Begitupun, ia bergantung kepada analisis akhir yang akan dilakukan sebelum perlawanan Khamis ini sama ada mereka boleh diturunkan atau sebaliknya.
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Persiapan Harimau Malaya kelayakan 2 piala di peringkat akhir"