Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
16 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Melaka
6/9/2015 2:25:01 PM
JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri membantu memindahkan seorang warga emas, Ponye Wahab, 74, ke Pusat Pemindahan apabila rumahnya ditenggelami banjir selepas hujan lebat di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Sebanyak 16 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan banjir di Melaka Tengah, setakat malam ini.
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata pusat pemindahan tersebut dibuka di Surau Al Jariah, Bukit Baru, di sini.
"Mangsa masih tinggal di pusat pemindahan itu kerana rumah mereka menghadapi masalah air bertakung," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hujan lebat dari 4 pagi hingga 11 pagi serta fenomena air pasang besar mencetuskan banjir di kawasan berkenaan pada Ahad lepas. — BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "16 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Melaka"