Operasi Gali Kubur Di Hutan Simpan Mata Ayer Dijangka Selesai Rabu

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Operasi Gali Kubur Di Hutan Simpan Mata Ayer Dijangka Selesai Rabu
6/4/2015 1:15:49 AM

KUALA LUMPUR – Operasi menggali 91 kubur fasa kedua di Hutan Simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh, Perlis yang bermula hari ini dijangka dapat diselesaikan Rabu depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lapan kenderaan membawa pasukan forensik dan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan tersebut bagi operasi tersebut.

"Insya-Allah, kami berharap operasi ini dijangka dapat diselesaikan sebelum Rabu depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Sukan PDRM (KKS PDRM) 2015.

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada kontinjen PDRM yang menyertai kejohanan 'Police and Fire Games 2015′ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Setakat ini, 35 bungkus rangka mayat telah dikeluarkan daripada penemuan 139 kubur di 28 kem transit yang dipercayai ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia bemula di Kampung Wai, Kuala Perlis sehingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar berhampiran sempadan Malaysia-Thailand sejak ia dikesan 25 Mei lepas.

Kesemua rangka manusia itu ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk siasatan patologi.

Menyentuh mengenai dalang yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di kawasan hutan Wang Kelian, Khalid tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam membantu warga Rohingya yang dikenali sebagai 'Yassin' yang disyaki ejen dalam sindiket tersebut.

"Kami percaya sindiket itu mempunyai 'link' dengan orang dalam dan pihak polis masih memburu mereka," katanya.

Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut rakyat Malaysia yang membantu Yassin itu sama ada anggota penguat kuasa atau rakyat biasa.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya dapat melaporkan kepada balai polis berdekatan dengan segera supaya tindakan dapat diambil. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Operasi Gali Kubur Di Hutan Simpan Mata Ayer Dijangka Selesai Rabu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info