1MDB Nafi Dakwaan Akhbar The Edge

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

1MDB Nafi Dakwaan Akhbar The Edge
6/8/2015 1:45:38 AM

KUALA LUMPUR – Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan syarikat itu ada membenarkan perpindahan dana 1MDB kepada pihak ketiga seperti dilaporkan akhbar The Edge pada 6 Jun lalu.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Arul Kanda berkata, pihaknya memandang berat tuduhan yang terkandung dalam pelbagai artikel disiarkan The Edge tersebut.

"Lembaga Pengarah 1MDB menafikan ada meluluskan sebarang tindakan sama secara bersiri untuk memindahkan dana daripada syarikat itu kepada mana-mana pihak ketiga selain daripada yang sepatutnya.

"1MDB juga telah berkongsi segala maklumat dengan Jabatan Audit Negara dan Bank Negara Malaysia untuk penelitian dan penyiasat lanjut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

The Edge sebelum ini melaporkan kononnya ahli perniagaan, Jho Low pada 2010 menggunakan USD260 juta daripada dana 1MDB untuk mengambil alih UBG Bhd. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "1MDB Nafi Dakwaan Akhbar The Edge"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info