Dewan Rakyat Bertafakur Peringati Mangsa Gempa Sabah

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Dewan Rakyat Bertafakur Peringati Mangsa Gempa Sabah
6/8/2015 1:13:17 AM


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat yang memulakan mesyuarat hari Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi gempa bumi terburuk yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said menzahirkan perasaan sedih dan simpati tidak terhingga kepada keluarga dan semua mangsa yang terlibat dalam bencana tersebut.

"Dewan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan serta berharap usaha mencari, menyelamat dan membantu mangsa yang masih hilang dipermudah.

"Dewan juga berharap agar keluarga mangsa kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini," katanya ringkas sebelum sesi persidangan itu bermula.

Datuk Ismail kemudian meminta semua anggota Parlimen berdiri serta menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan bertafakur selama seminit.

Gempa bumi terkuat dalam sejarah berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.17 pagi Jumaat itu, turut dirasai di kawasan lain seperti Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Setakat semalam, bencana alam itu meragut 16 nyawa, termasuk lapan warga Singapura yang mendaki Gunung Kinabalu. Dua lagi mangsa, seorang murid dan guru rakyat Singapura masih hilang. – BERNAMA/H.A.AMREE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dewan Rakyat Bertafakur Peringati Mangsa Gempa Sabah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info