PKR Bantah Ahmad Jauhari Jadi Lembaga Pengarah MAS

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

PKR Bantah Ahmad Jauhari Jadi Lembaga Pengarah MAS
6/8/2015 1:42:58 AM

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, tiada justifikasi untuk Ahmad Jauhari menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah MAS berdasarkan prestasinya semasa menjadi CEO.

"Berdasarkan laman web MAS, Ahmad Jauhari dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada Mei 2015 selepas jawatannya sebagai CEO tamat pada April 2015.

"Semasa Ahmad Jauhari menjadi CEO untuk tiga bulan pertama pada 2011, MAS mencatatkan kerugian lebih RM1.3 bilion. Kerugian bersih untuk kewangan 2011 RM2.52 bilion. MAS kemudian merekodkan kerugian RM430 juta pada 2012 diikuti RM1.168 bilion pada 2013. Pada 2014, kerugian sehingga 31 September dicatatkan RM1.32 bilion," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nurul Izzah mendakwa, pelantikan Ahmad Jauhari sebagai Ahli Lembaga Pengarah MAS merupakan satu skandal kerana individu yang bertangguungjawab atas kegagalan syarikat itu dibawa balik ke dalam MAS.

Dakwa beliau, sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Ahmad Jauhari akan mempunyai pengaruh ke atas CEO baharu MAS untuk melindungi legasinya.

"Saya meminta pelantikan Ahmad Jauhari dikaji semula dan meminta Khazanah Nasional menjelaskan kriteria dalam melantik Lembaga Pengarah MAS," katanya. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PKR Bantah Ahmad Jauhari Jadi Lembaga Pengarah MAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info