Anggota Kabinet Tidak Dibuli PM – Ahmad Husni

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Anggota Kabinet Tidak Dibuli PM – Ahmad Husni
6/3/2015 9:21:09 PM

KUALA LUMPUR – Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuli menteri Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Dia macam ini, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan, jadi apabila Kementerian Kewangan, maknanya kita kena bertanggungjawablah iaitu bawa kepada Kabinet untuk memberi perakuan kepada apa yang akan dilakukan oleh 1MDB.

"Tidak timbul soal buli, tidak timbul," katanya.

Ahmad Husni berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya?

Diskusi berdurasi selama sejam bermula 9.05 malam di TV1 bersama dua pengacaranya Shuhaimi Mohamed dan Sayed Munawar Sayed Mustar itu membincangkan secara mendalam mengenai pelaburan 1MDB dan perancangan kerajaan menyelesaikan hutang syarikat itu.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan tentang kenyataan Najib yang menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1MDB meskipun keputusan bersama telah diputuskan, untuk melepaskan jawatan. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Anggota Kabinet Tidak Dibuli PM – Ahmad Husni"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info