Perintah berkurung 6 daerah ESSZONE dilanjut

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Perintah berkurung 6 daerah ESSZONE dilanjut
6/1/2015 8:59:21 PM

Perintah berkurung 6 daerah ESSZONE dilanjut

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan bagi fasa ke-20 mulai esok hingga 13 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor bagi menjaminkan keselamatan dan kesejateraan pengguna perairan, pelancong dan rakyat Sabah di ESSZONE.

"Ia juga bagi memudahkan penguatkuasaan, memantau segala pergerakan bot yang cuba menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

"Langkah ini mendapat sokongan pengusaha pelancongan dan aktiviti perikanan dalam menjamin keselamatan perairan termasuk pulau di persempadanan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, kuasa diberikan kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE untuk mengeluarkan permit kepada pemohon bagi tujuan perikanan atau aktiviti laluan yang mendesak.

Perintah berkurung dikuatkuasakan mulai jam 7 malam hingga 5 pagi membabitkan jarak tiga batu nautika dari pantai hingga ke titik garisan ditetapkan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Perintah berkurung 6 daerah ESSZONE dilanjut"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info