Mawar Rashid Terima Banyak Tawaran Lepas Kontroversi GST

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Mawar Rashid Terima Banyak Tawaran Lepas Kontroversi GST
6/8/2015 11:35:14 PM

PROGRAM pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada adik tiri kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose.

BACA: Adik Tiri Nelydia Senrose & Uqasha Senrose Menang Dewi Remaja

Bagi yang masih ingat, program anjuran majalah tempatan ini pernah menjadi kecoh suatu ketika apabila dua peserta iaitu Mawar Rashid dan Kat Davies gagal menjawab persoalan pengacara tentang isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Berikutan itu, dua peserta ini menerima kritikan dan kata-kata makian daripada orang ramai selepas video temubual tersebut tersebar.

Namun bagi Mawar Rashid, peristiwa itu mendatangkan 1001 hikmah buat dirinya.

Bercakap kepada mStar Online semalam, Mawar Rashid mengakui menerima banyak tawaran untuk berlakon selepas kontroversi GST dan beranggapan peristiwa itu mendatangkan rezeki buat dirinya selepas menjadi perhatian ramai.

cristiano-ronaldo-caught-peeing-public

"Saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya. Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya," katanya.

Pada masa yang sama, Mawar mendedahkan dia kini lebih banyak belajar mengenai pengetahuan am dan berjaya-jaga dalam pertuturan selepas kejadian tersebut.

"Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih peka terhadap perkembangan semasa. Saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat," ujarnya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mawar Rashid Terima Banyak Tawaran Lepas Kontroversi GST"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info