Lebih 12,000 Penyokong BN Sambut PM Di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Lebih 12,000 Penyokong BN Sambut PM Di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
6/3/2015 10:44:50 PM

KUCHING – Lebih 12,000 penyokong Barisan Nasional (BN) berhimpun di Stadium Perpaduan di sini pagi ini bagi memeriahkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib, sebagai menzahirkan tanda sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketibaan Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diiringi oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada kira-kira pukul 10.30 pagi ini disambut dengan sorakan gemuruh oleh hadirin, dengan laungan "Hidup Najib" bergema di dalam stadium menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.

Selain kontinjen parti-parti komponen BN padat berbaris di ruang tengah stadium, turut serta ialah kontinjen daripada parti mesra BN iaitu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP), lengkap mengibarkan bendera masing-masing yang berwarna warni.

Persekitaran Stadium Perpaduan pula sudah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seawal pukul 8 pagi dengan pelbagai acara sampingan termasuk persembahan pentas diadakan bagi menghiburkan pengunjung.

Ribuan bendera BN berlambang dacing menghiasi persekitaran serta jalan-jalan utama yang menghala Stadium bagi menceriakan suasana yang muncul bagaikan perayaan sambutan "Pesta BN".

Perdana Menteri dan isteri yang tiba di Kuching semalam, menghadiri Majlis Makan Malam Sempena sambutan Hari Gawai di Dewan DBNA malam tadi, dan dijadual berlepas pulang selepas majlis pagi ini. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Lebih 12,000 Penyokong BN Sambut PM Di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info