DAP Larang Ahli Dedah Isu Parti Kepada Media!

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

DAP Larang Ahli Dedah Isu Parti Kepada Media!
5/26/2015 6:07:57 AM

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mengumumkan mana-mana ahli parti itu yang mendedahkan sebarang krisis dalaman yang berlaku ke atas parti itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam satu mesyuarat semalam bagi melindungi reputasi parti itu.

"CEC DAP membuat resolusi semua urusan parti, pertikaian dalam apa jua bentuk sama ada melibatkan ahli, kewangan atau sebaliknya perlu ditangani melalui saluran dalaman parti sahaja.

"Mana-mana ahli yang didapati pergi kepada media untuk menghebahkan apa-apa pertikaian akan berhadapan dengan jawatankuasa tatatertib parti," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Kok Wai, semua ahli DAP tanpa mengira kedudukan dan pangkat mempunyai tanggungjawab untuk melindungi reputasi parti dan perlu bersikap matang untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan dalaman.

Katanya, menerbitkan apa-apa pertikaian secara terbuka di media akan hanya melemahkan parti dan memberi kesan kepada keyakinan rakyat ke atas DAP.

"Oleh itu , semua ahli DAP diminta untuk menggunakan saluran dalaman parti untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan pendapat dan menahan diri dari pergi kepada media demi kepentingan parti.

"Kami percaya bahawa semua ahli akan mematuhi arahan ini dan memastikan perpaduan parti," katanya. – mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "DAP Larang Ahli Dedah Isu Parti Kepada Media!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info