MSM sasar pengeluaran 1.1 juta tan gula tahun ini

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

MSM sasar pengeluaran 1.1 juta tan gula tahun ini
5/26/2015 6:24:48 AM

MSM sasar pengeluaran 1.1 juta tan gula tahun ini

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM), pengeluar gula terbesar negara yang mencatat rekod keuntungan pada suku pertama tahun ini yakin mampu mengekalkan momentum memberangsangkan itu untuk baki tahun ini.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Sheikh Awab Sheikh Abod, berkata MSM sudah memenuhi semua komitmen pembelian gula mentah bagi keseluruhan tahun ini termasuk pembelian hingga Ogos tahun depan, selain sudah mengambil langkah berhemah melindung nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hingga Ogos tahun ini.

"Secara umumnya kami sudah membuat langkah dan dasar perlu. Terdapat dua faktor utama dalam perdagangan gula, iaitu harga gula mentah dan nilai dolar AS, yang mana sekiranya kedua-duanya dapat dikawal sepenuhnya akan meletakkan syarikat dalam kedudukan selesa," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengumumkan prestasi kewangan suku pertama syarikat itu di sini hari ini.

Sheikh Awab yakin MSM mampu mencatat satu lagi rekod kewangan pada suku kewangan kedua yang akan berakhir pada 30 Jun depan, mengambil kira jangkaan permintaan terhadap gula yang akan meningkat bulan depan sempena sambutan Ramadan.

MSM mencatat rekod keuntungan sukuan terbaik pada suku kewangan pertama berakhir 31 Mac 2015.

MSM mencatat peningkatan keuntungan bersih 26 peratus kepada RM71.03 juta pada suku kewangan dikaji berbanding RM56.33 juta suku sama tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang meningkat 2.05 peratus kepada RM508.49 juta daripada RM498.26 juta.

Peningkatan keuntungan dan pendapatan anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) itu disumbang terutamanya oleh kos gula mentah yang lebih rendah dan pendapatan lebih tinggi bagi jualan industri, sungguhpun mencatat jualan lebih rendah bagi segmen domestik dan eksport.

Sheikh Awab berkata, pengeluaran gula syarikat itu tahun ini diunjurkan meningkat kepada 1.1 juta tan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "MSM sasar pengeluaran 1.1 juta tan gula tahun ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info