Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Arul, Shahrol akan beri keterangan kepada PAC – Najib
5/26/2015 6:55:28 AM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto AFP
SENDAI, Jepun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan, Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahrol Halmi, akan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Mereka akan hadir selepas ini…mereka memberi jaminan itu kepada saya," katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan syarahan dan berdialog dengan pelajar Universiti Tohuku di Sendai, Jepun sebentar tadi.
Media sebelum ini melaporkan Arul yang sepatutnya hadir memberi keterangan kepada PAC, dikatakan tidak berada dalam negara kerana sedang menjalankan urusan rasmi perniagaan.
Shahrol pula dilaporkan meminta penangguhan selama sebulan untuk bersedia menghadapi pendengaran itu.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Arul, Shahrol akan beri keterangan kepada PAC – Najib"