Hadi Mahu Teruskan Kerjasama Dengan DAP-PKR

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Hadi Mahu Teruskan Kerjasama Dengan DAP-PKR
6/3/2015 11:07:30 PM

KUALA SELANGOR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKK).

Bagaimanapun Hadi mengingatkan supaya ahli PAS berhati-hati dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak luar selagi tidak bertentangan dengan peringatan Allah berhubung adab untuk bersama dengan orang kafir.

"PAS akan terus dan tetap melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan sunnah," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Khamis.

Selain itu Hadi berkata pemimpin dan ahli PAS tidak boleh terlalu ghairah mengejar kemenangan dalam pilihan raya semata-mata sehingga meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan untuk menegakkan Islam.

"Kita sering mengingatkan pemimpin dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan, memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah.

"Allah menguji kita dengan sedikit kemangan, namun jangan kita lalai dengan kemenangan lupa amanah untuk menegakkan agama," katanya sambil disambut laungan takbir. – mStar Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Hadi Mahu Teruskan Kerjasama Dengan DAP-PKR"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info