Tarikh Arul, Shahrol jumpa PAC sedang dimuktamadkan – 1MDB

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Tarikh Arul, Shahrol jumpa PAC sedang dimuktamadkan – 1MDB
5/26/2015 5:33:45 AM

Tarikh Arul, Shahrol jumpa PAC sedang dimuktamadkan – 1MDB

KUALA LUMPUR: Tarikh baharu sedang dimuktamadkan bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan syarikat pembangunan strategik itu.

"Kami sekali lagi mengulangi hasrat kami untuk memberi kerjasama penuh kepada PAC serta Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi berharap untuk hadir di hadapan jawatankuasa dan mempunyai peluang menjelaskan kedudukan 1MDB," menurut 1MDB dalam kenyataan hari ini.

1MDB menjelaskan bahawa ia hanya menerima surat daripada Kementerian Kewangan pada 21 Mei 2015 yang disertakan panggilan daripada PAC.

Panggilan itu yang dialamatkan ke Kementerian Kewangan, meminta kehadiran syarikat itu di hadapan jawatankuasa itu pada 26 Mei.

Selepas menerima surat itu, 1MDB memberi maklum balas kepada Kementerian Kewangan pada 21 Mei, hari yang sama syarikat itu menerima panggilan itu.

Seperti yang disahkan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed, tarikh baharu sedang dimuktamadkan berikutan tarikh yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan komitmen jadual di luar negara yang dibuat sebelum ini.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tarikh Arul, Shahrol jumpa PAC sedang dimuktamadkan – 1MDB"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info