Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan
6/3/2015 12:13:06 AM

Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan

Adakah anda pernah lihat pokok yang berdiri diatas ratusan batu nisan
yang bertindih? Di london ada sebatang pokok yang sangat terkenal kerana
keunikannya. Pokok yang terletak di berhampiran gereja St Pancras ini
berdiri diatas ratusan batu nisan yang bertindih!

Keadaan pohon yang sudah sangat tua dengan beratus-ratus batu nisan
dibawahnya, tentunya mengundang pertanyaan di benak ramai orang , pasti
ramai yang bertanya-tanya.

Kisah di sebalik pokok tersebut bermula semasa revolusi industri di
Britain, ketika kawasan industri dibina secara besar-besaran di London.
Pembangunan juga termasuk membina pusat rel kereta api untuk memudahkan
pengangkutan bahan-bahan mentah industri. Jalur rel kereta api yang akan
dibina melewati kawasan perkuburan yang berada di berhampiran gereja St
Pancras .

Makam-makam yang ada perlu dipindahkan agar boleh digunakan sebagai
jalur kereta api. Maka, semua jenazah yang ada kemudian diangkut dan
dipindahkan dari makamnya, lalu dibakar dan diletakkan dalam satu tempat
di bawah pokok . Sementara batu nisan ditanam begitu saja berhampiran
pokok.

Dahulu pokok tersebut masih kecil. Namun, seiring peredaran masa,
batu-batu nisan yang ada disampingnya kemudian 'ditelan' dan menjadi
satu dengan pokok tersebut.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Misteri Pokok Berdiri Di Atas Ratusan Batu Nesan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info