KPDNKK Nafi Aduan Mengenai GST Tak Diambil Tindakan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

KPDNKK Nafi Aduan Mengenai GST Tak Diambil Tindakan
6/8/2015 12:52:59 AM

KUALA LUMPUR – Hampir 90 peratus aduan pengguna mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah diambil tindakan sekaligus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa aduan GST tidak dipedulikan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan dan jumlah kes yang telah diambil tindakan sentiasa dikemas kini sejak GST dilaksanakan.

"Sehingga 31 Mei lalu, terdapat 1,192 kes daripada 393,335 premis yang kita periksa dengan nilai rampasan sebanyak RM193,885.15 dan kompaun sebanyak RM181,020.

"Lima kes di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 pula telah kita selesaikan di mahkamah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) di Dewan Rakyat di sini.

Hasan berkata selain lima kes yang diselesaikan, terdapat empat kes lagi yang telah dituduh tetapi belum selesai manakala tiga kes lagi ditawarkan kompaun.

Katanya semua tindakan susulan itu diambil hasil aduan pengguna dan ini menunjukkan kerajaan serius dalam menangani sebarang aduan berkenaan GST.

Hasan berkata menerusi penubuhan Pusat Gerakan Anti Pencatutan (PGAP) sejak 30 Mac lepas, sebanyak 21,591 aduan atau pertanyaan telah disalurkan ke PGAP melalui beberapa saluran seperti e-Aduan, media sosial dan panggilan setakat 31 Mei lepas.

Katanya lagi selain tindakan susulan di pihak kementerian, terdapat 2,177 aduan merangkumi 1,421 aduan mengenai GST kad prabayar tambah nilai telefon dan aduan mengenai ID GST telah disalurkan Kementerian Kewangan untuk tindakan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Hasan berkata sehingga 31 Mei, sebanyak 1,838 aduan diterima melalui aplikasi Ez-ADU KPDNKK dan 76 daripadanya adalah aduan mengenai GST.

Beliau berkata sehingga kini juga sebanyak 91,230 pengguna telah menggunakan aplikasi MyKIRA GST untuk menyemak harga barang.

Berdasarkan aduan pengguna, kementerian dengan kerjasama pihak Kastam Diraja Malaysia akan meneruskan operasi untuk menangani sebarang salah laku peniaga termasuk berkenaan GST, katanya. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "KPDNKK Nafi Aduan Mengenai GST Tak Diambil Tindakan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info