WhatTheFont, Memudahkan Anda Kenali Jenis Tulisan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

WhatTheFont, Memudahkan Anda Kenali Jenis Tulisan
6/8/2015 12:46:04 AM

JIKA anda terlihat sebuah tulisan yang cantik di web dan anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai fon yang digunakan, apakah yang anda lakukkan?

Jika anda masih buntu, kami memperkenalkan aplikasi berasaskan web, WhatTheFont.

Melalui perkhidmatan WhatTheFont, ia akan memerlukan pengguna memuat-naik imej yang mempunyai tulisan atau fon berkenaan, dan seterusnya ia akan mengesan tulisan berkenaan menggunakan algoritma tersendiri.

Pengguna akan diminta untuk mengenal-pasti abjad yang digunakan pada sesuatu gambar tetapi daripada percubaan kami, kebanyakkan kali ia dikesan secara automatik.

Beberapa saat selepas itu, laman WhatTheFont ini akan memberikan hasil akhir dan memberikan idea berkenaan jenis tulisan yang digunakan oleh sesuatu logo atau imej.

Walaubagaimanapun, tidak kesemua carian menghasilkan apa yang dikehendaki, dan carian jenis fon ini berhasil dengan baik apabila menggunakan latar yang berwarna mendatar dan tidak mempunyai imej pada belakangnya.

Sesetengah carian kami menghasilkan apa yang dikehendaki, sebaliknya ada sebahagian yang tidak memperlihatkan hasil, dan ada yang memperlihatkan jenis tulisan yang paling hampir dengannya.

Seperti biasa, selain mencari jenis tulisan tersebut sendiri, cara mudah untuk mengenali akan sesuatu jenis fon yang digunakan adalah dengan bertanyakan sendiri terus kepada perekabentuknya.

Layari: WhatTheFont

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "WhatTheFont, Memudahkan Anda Kenali Jenis Tulisan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info