Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS
6/8/2015 9:27:56 PM

Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS

SEORANG murid sekolah rendah yang memakai topeng untuk mengelakkan dijangkiti virus MERS menjalani pemeriksaan suhu di sebuah sekolah di Seoul, Korea Selatan, hari ini. – Foto Reuters

SEOUL: Korea Selatan melaporkan korban ketujuh akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) serta lapan lagi kes jangkitan terbaharu hari ini.

Kematian mangsa terbaharu itu membabitkan seorang wanita berusia 68 tahun yang dijangkiti daripada seorang pesakit MERS di sebuah hospital di Seoul pada 27 dan 28 Mei lalu, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu menegaskan semua tujuh mangsa yang terkorban mempunyai masalah kesihatan sebelum dijangkiti virus MERS, dengan mangsa ketujuh mempunyai masalah jantung.

KANAK-KANAK sekolah rendah di Seoul, Korea Selatan memakai topeng untuk menghindari virus MERS, selain diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan. – Foto Reuters

Lapan kes jangkitan terbaharu juga disahkan hari ini berbanding 23 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan MERS melonjak kepada 95 berbanding empat kes dua minggu lalu.

Wabak MERS di Korea Selatan adalah wabak terbesar di luar Arab Saudi sebelum ini. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Korea Selatan sahkan kematian ke-7 MERS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info