Thor Raih Pingat Emas Acara Snuker Individu

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Thor Raih Pingat Emas Acara Snuker Individu
6/8/2015 9:37:02 PM

SINGAPURA – Pemain snuker negara, Thor Chuan Leong berjaya membuktikan bahawa beliau masih berbisa selepas menambah koleksi gelaran juara kategori individu lelaki di temasya Sukan SEA ke-28 Singapura, malam tadi.

Pemenang pingat emas acara 6 red individu lelaki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar itu, bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan pemain baharu, Htet Ko dari Myanmar dengan kemenangan 4-2 pada aksi final yang berlangsung di OCBC Arena dekat sini.

Thor, 27, bermula baik apabila berjaya memperoleh mata pertama selepas mendahului pemain Myanmar itu dengan 57-41, namun Htet yang membuat penampilan sulung di Sukan SEA, berjaya menyamakan kedudukan pada permainan berikutnya dengan kemenangan 102-57.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu kembali menguasai perlawanan pada permainan ketiga dengan 65-1 dan sekali lagi kedudukan terikat 2-2 selepas Htet memenangi perlawanan keempat dengan 76-23.

Turun selaku pemain berpengalaman, Thor berjaya menjerat pemain Myanmar itu dengan menguasai dua permainan berikutnya dengan kemenangan 74-49 dan 69-18.

Ketika ditemui pemberita, Thor mengakui agak tertekan dengan cabaran sengit oleh pemain Myanmar itu.

"Saya mula memperlahankan rentak permainan pada perlawanan kelima bagi mengurangkan tekanan supaya dapat kembali memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.

"Beliau (Htet) mempunyai bakat besar dan saya terkejut apabila beliau memberi cabaran hebat kepada saya. Saya yakin beliau mampu menjadi bintang dalam sukan snuker satu hari nanti," katanya.

Thor akan bergandingan dengan Moh Keen Hoo dalam acara snuker beregu, hari ini.

"Saya tidak menjanjikan apa-apa pingat, namun saya akan berusaha melakukan yang terbaik bersama Moh esok," kata Thor. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Thor Raih Pingat Emas Acara Snuker Individu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info