Suasana sedih selubungi ketibaan jenazah mangsa gempa bumi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Suasana sedih selubungi ketibaan jenazah mangsa gempa bumi
6/8/2015 1:38:11 PM

Suasana sedih selubungi ketibaan jenazah mangsa gempa bumi
fhatihah@bh.com.my

IBU kepada Allahyarham Muhammad Loqman Abdul Karim, 22, mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu, ditenangkan saudara terdekat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam.

MELAKA: Suasana pilu dan hiba menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam apabila jenazah Muhammad Loqman Abdul Karim, 22, mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Ranau, Kota Kinabalu tiba sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham yang diterbangkan bersama bapa, Abdul Karim Mohd Yazam dan ibunya, Izzah Abu Bakar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu selamat tiba pada jam 11.50 malam.

Jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Chinchin, Jasin sejurus selepas disembahyangkan pagi ini.

Selain ahli keluarga mangsa, turut menyambut jenazah EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin.

Muhammad Loqman yang juga penuntut tahun tiga Institut Perguruan Antarabangsa, Kuala Lumpur terkorban dalam nahas gempa bumi ketika menyertai aktiviti Gunung Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.

Ibu kepada Allahyarham Muhammad Loqman Abdul Karim, 22, mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu, ditenangkan saudara terdekat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Suasana sedih selubungi ketibaan jenazah mangsa gempa bumi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info