Penduduk gempar kemunculan buaya

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Penduduk gempar kemunculan buaya
6/8/2015 12:01:12 PM

Penduduk gempar kemunculan buaya

SEEKOR anak buaya sepanjang kira-kira dua meter yang ditemui terdampar selepas kejadian banjir kilat di Jalan Taman Merak Mas 15, Taman Merak Mas, Bukit Katil, Melaka. – Foto Ihsan Pembaca

MELAKA: Sejurus dikejutkan dengan kejadian banjir semalam, penduduk di Taman Merak Mas, Bukit Katil, di sini, digemparkan pula dengan kemunculan seekor anak buaya sepanjang kira-kira dua meter, petang tadi.

Kehadiran anak buaya yang dilihat di tepi parit berhampiran perumahan itu disedari Khirul Hafiz Muhamad, 36, sebelum segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana bimbang ancaman reptilia itu.

"Memang nampak jelas kelibat seekor buaya sedang berehat berhampiran parit di perumahan ini. Saya kebetulan ketika itu dalam perjalanan hendak ke Melaka Mall.

"Mungkin terkejut dengan bunyi siren bomba yang tiba di lokasi, menyebabkan buaya berkenaan terus melompat ke dalam parit sebelum menghilangkan diri," katanya yang mendakwa itu kejadian pertama kali berlaku sejak enam tahun menetap di perumahan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang tadi itu, penduduk di Taman Merak Mas, Bukit Katil gempar apabila menjumpai seekor anak buaya sedang bertenggek di tepi parit kawasan perumahan itu.

Dalam pada itu, Khirul Hafiz turut tidak menolak kemunculan buaya itu secara tiba-tiba ada kena mengena dengan kejadian hujan lebat, semalam sehinggakan perumahan itu antara beberapa lokasi di negeri ini yang dinaiki air.

Sehingga petang tadi, seramai 268 mangsa dipindahkan di tiga pusat pemindahan banjir di Melaka Tengah dan Jasin disebabkan hujan lebat mulai jam 5 pagi, semalam sehingga mengakibatkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, berkata lima sepasukan anggota termasuk Ketua Operasi bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.51 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, haiwan yang diadukan penduduk sudah tiada. Kami turut bertindak meninjau di lokasi berhampiran selama kira-kira 30 minit sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke balai," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penduduk gempar kemunculan buaya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info