Letak Jawatan Jika Pertikai Keputusan PM — Zahid Hamidi

 

 

Siakap Keli News

Letak Jawatan Jika Pertikai Keputusan PM — Zahid Hamidi
6/4/2015 5:35:00 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan jika ada dalam kalangan anggota kabinet yang hilang kepercayaan atau pun mempertikai keputusan Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan tanpa diminta.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu 1MDB.

"Saya tidak fikir perlu menunggu Perdana Menteri buat keputusan untuk melakukan pemecatan atau penyingkiran," katanya ketika diminta mengulas mengenai kata dua Perdana Menteri kepada jemaah menteri sekiranya mereka tidak menyokong beliau dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).", kata beliau memetik laporan dari mStar Online.

Zahid ditemui oleh wartawan di majlis perhimpunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan setiap bulan.

Sebelum ini, Najib memberi kata dua kepaa jemaah menteri dan meminta agar sesiapa yang tidak bersama beliau dalam isu 1MDB agar melepaskan jawatan. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Letak Jawatan Jika Pertikai Keputusan PM — Zahid Hamidi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info