MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Operasi Cari Dua Lagi Warga Singapura Bermula Pagi Ini
6/8/2015 9:18:08 PM
KUNDASANG – Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak jam 6 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata operasi berkenaan yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.
"Hari ini keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata. Operasi pencarian kini telah bermula," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, gerakan untuk membawa pasukan mencari dan menyelamat bagi misi membawa turun dua lagi mayat mangsa gempa di Gunung Kinabalu terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung.
Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat lalu. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Operasi Cari Dua Lagi Warga Singapura Bermula Pagi Ini"