Pemimpin PKR Jumpa Menteri Jepun Burukkan K’jaan Malaysia?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pemimpin PKR Jumpa Menteri Jepun Burukkan K'jaan Malaysia?
5/29/2015 2:47:21 AM

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin dilaporkan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Yoshimasa Hayashi pagi ini.

Beliau berjumpa dengan Yoshimasa Hayashi kononnya untuk berkongsi maklumat mengenai keadaan terkini politik Malaysia terutama berkaitan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati salah atas kesalahan meliwat oleh mahkamah negara ini.

"Shamsul Iskandar membuat kunjungan hormat ke atas Yoshimasa Hayashi, salah seorang menteri kabinet Jepun yang berpengaruh. Perbincangan berlangsung selama 30 minit.

"Di dalam pertemuan tersebut, beliau juga telah berkongsi maklumat mengenai penangkapan anggota-anggota Parlimen Malaysia dan juga sistem pilihan raya yang tidak bebas dan adil di Malaysia," kata Biro Komunikasi PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Biro Komunikasi PRK, Shamsul Iskandar berada di Tokyo sejak hari Rabu yang lalu kerana menghadiri persidangan Ahli Parlimen Muda Seluruh Dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemimpin PKR Jumpa Menteri Jepun Burukkan K’jaan Malaysia?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info