Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Hasrat warga emas sehidup semati dimakbulkan
6/11/2015 10:53:51 AM
PASANGAN suami isteri, Zaharah Mahmood dikebumikan sebelahan dengan kubur suaminya, Hassan Che Noh setelah kedua pasangan tersebut meninggal dunia dalam tempoh berbeza hampir 15 jam dengan dihadiri anak dan sanak saudara di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, Kota Bharu. – Foto Owee Ah Chun
KOTA BHARU: Sehidup dan semati. Hasrat warga emas Zaharah Mahmood, yang mahu sehidup dan semati bersama suaminya dimakbulkan Allah.
Zaharah, 68, meninggal dunia sebaik sahaja jenazah suaminya Hassan Che Noh, 96, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, Bukit Marak di sini, hari ini.
Anak pasangan itu, Siti Noriza, 41, berkata bapanya meninggal dunia 7.10 malam semalam, manakala ibunya, 10 pagi tadi selepas jenazah bapanya dikebumikan.
"Sebelum itu, emak beritahu saya yang dia juga akan menyusul selepas bapa pergi (meninggal dunia)," katanya ketika ditemui Bernama di rumah pasangan itu di sini, hari ini.
Siti Noriza berkata, jenazah ibunya dikebumikan bersebelahan pusara bapanya jam 5 petang tadi.
Siti Noriza berkata, ibunya yang mempunyai sakit angin ahmar mula kritikal selepas bapanya meninggal dunia petang semalam.
"Ayah yang juga bekas juruukur meninggal dunia kerana angin ahmar selepas diserang sakit itu sebulan lepas," katanya.
Beliau berkata kedua-dua ibu bapanya berkahwin sejak 50 tahun lepas dan dikurniakan sembilan orang anak.
"Kami reda pemergian kedua-dua orang tua kami kerana Allah lebih menyayangi mereka," katanya. – BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Hasrat warga emas sehidup semati dimakbulkan"