Fakta Khasiat Buah Ceri Baik Untuk Kesihatan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Fakta Khasiat Buah Ceri Baik Untuk Kesihatan
6/7/2015 4:52:07 AM

Fakta Khasiat Buah Ceri Baik Untuk Kesihatan

Fakta Khasiat Buah Ceri Baik Untuk Kesihatan | Siapa suka makan buah? Buah ceri? Setiap buah yang kita makan mempunyai khasiat dan kebaikan terutama untuk kesihatan badan.  Terdapat beberapa fakta buah ceri yang perlu diketahui. Walaupun saiz buah tersebut kecil tetapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk kesihatan kita. [ Khasiat Makan Ulam-ulaman Elok Untuk Kesihatan ]

1. Perlindungan Daripada Diabetes

Ceri manis mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada 22, lebih rendah daripada aprikot (57), anggur (46), pic (42), beri biru (40) atau plum (39). Ini menjadikan ceri pilihan yang lebih baik daripada banyak buah-buahan lain, terutama bagi pesakit kencing manis.

2. Membantu Tidur Dengan Lebih Baik

Keresahan pada waktu malam? Jus ceri dapat menyelamatkan! Minum jus ceri 30 minit selepas bangun daripada tidur dan 30 minit sebelum makan malam anda.

3. Membantu Alzheimer

Persatuan Alzheimer memasukkan ceri sebagai salah satu makanan yang boleh meningkatkan memori kerana ia kaya dengan antioksidan.

Buah Ceri

4. Melambatkan Penuaan Kulit

Ceri mempunyai tahap antioksidan paling tinggi antara buah-buahan. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang menyebabkan seseorang kelihatan tua. Minum segelas jus ceri setiap hari mampu melambatkan proses penuaan, menurut saintis dari Michigan State University. Jus ceri juga disyorkan sebagai rawatan alternatif untuk keadaan kulit yang lain. [ Khasiat Epal Hijau Untuk Kuruskan Badan ]

5. Mengurangkan Sakit Otot

Secawan setengah ceri atau satu cawan jus ceri boleh mengurangkan keradangan otot. Sekumpulan pelari marathon meminum jus ceri dua kali setiap hari selama tujuh hari sebelum perlumbaan mereka. Kumpulan yang minum jus ceri mengalami kurang kesakitan otot selepas perlumbaan, berbanding mereka yang minum minuman buah-buahan yang lain.

6. Baik Untuk Jantung

Ceri adalah sangat tinggi dengan kalium, yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah, serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Phytosterols dalam ceri membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik.

SUMBER : http://www.wanista.com

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Fakta Khasiat Buah Ceri Baik Untuk Kesihatan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info