Malaysia kempunan tiga mata, diikat Timor Leste 1-1

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Malaysia kempunan tiga mata, diikat Timor Leste 1-1
6/11/2015 11:04:06 AM

Malaysia kempunan tiga mata, diikat Timor Leste 1-1

PEMAIN Timor Leste, Patrick Fabiano (kiri) cuba melepasi pertahanan Indra Putra Mahayuddin dan Azammuddin Mohd Akil (kanan) di dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019, malam tadi. – Foto AP

BUKIT JALIL: Malaysia terpaksa menelan hakikat pahit selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Timor Leste pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019, malam tadi.

Ketika lebih 5,000 peminat yang hadir menyaksikan perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil mengharapkan kemenangan, jaringan pada masa kecederaan babak kedua Timor Leste menyaksikan harapan Malaysia untuk meraih tiga mata berkecai.

Malaysia terlebih dulu di depan menerusi jaringan Safee Sali pada minit ke-33 yang juga menamatkan kemarau jaringan penyerang kebangsaan itu yang kali terakhir meledak gol buat Malaysia November tahun lalu.

Tampil selaku pasukan bukan pilihan, Timor Leste begitupun bukan lawan mudah buat Malaysia malah terlebih dulu membuat asakan ke gawang negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Kali terakhir Safee yang juga penyerang kelab Johor Darul Ta'zim menjaringkan gol buat Malaysia ialah pada saingan Piala AFF November tahun lalu ketika bertemu Singapura.

Perlawanan tambah rancak masuk babak kedua dengan kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan namun dan ketika keputusan hampir berakhir tanpa tambahan jaringan, Ramon De Lima Saro menjadi duri dalam daging buat Malaysia.

Gol penyamaan itu hadir menerusi sepakan percuma selepas Ramon yang tidak dikawal mudah menanduk bola ke gawang Malaysia menewaskan Khairul Fahmi.

Lawan Harimau Malaysia selepas ini adalah Palestin, Selasa depan juga di Bukit Jalil, Selasa depan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Malaysia kempunan tiga mata, diikat Timor Leste 1-1"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info