1MDB mulakan Permohonan Cadangan, Bandar Malaysia

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

1MDB mulakan Permohonan Cadangan, Bandar Malaysia
6/12/2015 1:16:21 AM

1MDB mulakan Permohonan Cadangan, Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan memulakan proses Permohonan Cadangan (RFP) untuk anak syarikatnya, Bandar Malaysia Sdn Bhd, dalam tempoh dua minggu lagi.

RFP bertujuan memilih pelabur ekuiti yang berkelayakan sebagai rakan usaha sama dalam pembangunan keseluruhan Bandar Malaysia.

"Kami memohon pelabur ekuiti berkelayakan yang sesuai untuk menyatakan minat mereka dengan memeterai perjanjian kerahsiaan bersama 1MDB bagi memudahkan perkongsian maklumat awal," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda dalam satu kenyataan hari ini.

Terletak di Sungei Besi, Bandar Malaysia seluas 200 hektar (495 ekar), dengan pembangunan bandar bercampur, dijangka menjadi pemangkin transformasi Greater Kuala Lumpur.

Pembangunan itu akan menjadi gerbang Kuala Lumpur untuk kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura dan menjadi hab pengangkutan berpusat dalam bandar raya menerusi Jajaran Mass Rapid Transit 2 dan 3, KTM Komuter, Express Rail Link (ERL), dan akses masa depan ke 12 lebuh raya utama.

Arul berkata, bagi memindahkan kemudahan sedia ada di tapak berkenaan, 1MDB kini bertanggungjawab menyediakan lapan balai polis dan kem tentera baharu yang dibina di seluruh negara.

"1MDB menyumbang RM1.6 bilion untuk kos pemindahan daripada keseluruhan RM2.7 bilion kontrak pembinaan.

"Projek pembinaan kem-kem baharu ini berjalan lancar dan akan diserahkan pada 1 Januari 2017, hasil kecekapan kontraktor kami, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia, anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," katanya.

1MDB ialah syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan. Ia melaksanakan inisiatif dipacu pasaran bagi membantu mentransformasikan Malaysia sebagai ekonomi pesat berkembang, berdaya saing tinggi, terangkum dan mapan. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "1MDB mulakan Permohonan Cadangan, Bandar Malaysia"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info