"Saya Punya #Kipidap Lagi Popular Daripada Ahmad Maslan" - Abdul Rani Kulup

 

 

Siakap Keli News

"Saya Punya #Kipidap Lagi Popular Daripada Ahmad Maslan" - Abdul Rani Kulup
6/2/2015 2:23:00 AM



Nampaknya Facebook 'troll' yang dihasilkan oleh 'peminat' Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dikatakan lebih popular dari Facebook 'troll' Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.

Memetik laporan Astro Awani, menurut Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan 'peminat'nya, facebook trollnya dilihat lebih memberi banyak mesej teladan berbanding laman Facebook 'troll' Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.


"Peminat meletakkan aktiviti seharian saya selain bukan berniat memperlekeh. Bilangan 'like' juga jauh lebih banyak daripada Ahmad Maslan.

"Walaupun saya sendiri tidak mengenali pengendali laman itu, namun ia banyak membantu peminat-peminat saya untuk tahu aktiviti seharian yang dibuat MJMM.

"Ia sekali gus menaikkan nama MJMM dan memberi lebih promosi kepada banyak isu-isu negara yang harus diberi perhatian selain banyak laporan polis yang dibuat sebelum ini," katanya.

Sehingga sekarang pada pukul 3.21 PM, Facbook Ahmad Maslan Fans cuma memiliki like 15,934 berbanding Abdul Rani Kulup Fans' mempunyai 108,704. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk ""Saya Punya #Kipidap Lagi Popular Daripada Ahmad Maslan" - Abdul Rani Kulup"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info