MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Bekalan Makanan Cukup Untuk Sambutan Aidilfitri
6/27/2015 2:44:47 AM
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (duduk) yang juga Anggota Parlimen Bera beramah-mesra dengan adik Muhammad Alif Firdaus Razali,5, pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Tadarus Al-Quran hari ini. - Foto BERNAMA
BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini, memberi jaminan bekalan daging, ayam, sayur-sayuran dan kelapa mencukupi untuk sambutan Aidilfitri.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengarahkan pengimport dan pemborong untuk menyediakan bekalan yang secukupnya, dan jumlah simpanan itu juga sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
"Kita yakin pengguna juga tidak akan menghadapi masalah mendapatkan barang keperluan itu kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah kementerian.
"Ini termasuk tindakan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menambah import sejuta biji kelapa daripada kebiasaan," katanya semasa ditemui pada Majlis Tadarus al-Quran peringkat negeri Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata 500 pasar tani FAMA seluruh negara akan menjual barang keperluan seperti daging, ayam dan sayuran segar pada harga berpatutan bagi memudahkan orang ramai membuat persediaan, seminggu sebelum hari raya.
Ismail Sabri juga menjelaskan kementeriannya hanya membekal barangan keperluan, manakala pengawalan harga tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Tambah beliau, kementeriannya akan bekerjasama dengan lain-lain kementerian dan agensi penguat kuasa bukan sahaja bagi memastikan bekalan mencukupi, malah harga yang dijual berpatutan. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Bekalan Makanan Cukup Untuk Sambutan Aidilfitri"