Tendangan Terbang Si Dara

Gombak: Dara perkasa. Itulah gelaran layak diberikan terhadap seorang gadis berusia 21 tahun yang berani mengejar seorang peragut sebelum membelasah penjenayah lelaki terbabit hingga lembik di Taman Prima Gombak di sini, semalam.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, gadis terbabit dikatakan sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian sementara menanti kehadiran rakannya.

Sumber polis berkata, seorang peragut tiba-tiba muncul sebelum meragut beg tangan gadis itu yang diletakkan di atas meja makan.

“Mangsa yang berang dengan kejadian itu nekad mengejar suspek sejauh 100 meter. Suspek ketika itu dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan tidak jauh dari lokasi kejadian.


SUSPEK berusia 27 tahun ditahan orang ramai selepas cuba meragut seorang wanita di Taman Prima Gombak, semalam.


“Mangsa bagaimanapun melepaskan tendangan terbang mengenai tubuh suspek yang ketika itu cuba menghidupkan enjin motosikal. Tendangan kuat itu menyebabkan suspek terjatuh ke atas jalan raya,” katanya. Dicedok dari Hmetro

sumber

0 Komentar untuk "Tendangan Terbang Si Dara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info