Hadi: Jangan Tanya Saya Kenapa DAP Tak Datang

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Hadi: Jangan Tanya Saya Kenapa DAP Tak Datang
6/4/2015 12:29:13 AM

KUALA SELANGOR – ‎"Sikap DAP, terpulang kepada mereka. Itu (ketidakhadiran DAP) kena tanya DAP, jangan tanya saya," tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang tidak hadir ke Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini. ‎

Menurutnya, pihaknya sudah menjemput semua pihak termasuk DAP untuk menghadiri Muktamar.

"Kita sudah jemput semua pihak untuk hadir untuk memeriahkan muktamar kita pada kali ini‎.

"Semua yang kami jemput,hadir..PKR hadir, pemerhati hadir dan NGO juga hadir," katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas selesai menyampaikan ucapan dasarnya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjawab teguran Timbalan Ketua Muslimat Pas Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegur Abdul Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Hal‎-hal peribadi perlu diselesaikan secara peribadi," bidas Abdul Hadi lagi.

Siti Mariah ketika menjawab perbahasan usul kedua yang dibentangkan di Muktamar Tahunan kali ke-55 Dewan Muslimat Pas Pusat, di Shah Alam semalam ‎berkata, kedua-dua pihak harus ‎mengetepikan ego masing-masing dalam usaha menjernihkan hubungan dalam PR.

Siti Mariah juga berpendapat, kedua-dua pemimpin itu harus mengambil pendekatan dengan duduk semeja bagi mencari jalan penyelesaian bersama.‎

Menurutnya lagi, Abdul Hadi dan Kit Siang telah melakukan kesilapan yang besar melalui kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka di media. - Sinar Harian Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Hadi: Jangan Tanya Saya Kenapa DAP Tak Datang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info