Saya Punyai Semangat Kepahlawanan Tinggi, Tegas Najib

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Saya Punyai Semangat Kepahlawanan Tinggi, Tegas Najib
6/4/2015 12:33:07 AM

KUCHING: Mengakui bahawa beliau mempunyai semangat kepahlawanan yang tegar, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk mempertahankan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum sempat menegaskan kepada lebih 10,000 orang hadirin dengan kata-kata 'pedas': "Jangan rendahkan saya."

"Saya akan bekerja lebih kuat. Darah yang mengalir di dalam tubuh saya adalah bukan sembarangan darah; adakalanya saya mungkin kelihatan sangat diplomatik, tetapi sebenarnya saya mempunyai semangat kepahlawanan yang tinggi," katanya dalam perhimpunan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat- Sarawak Untuk Najib yang diadakan di Stadium Perpaduan, di sini.

"Bagi isu 1MDB, kami akan selesaikannya secepat mungkin, begitu juga dengan permasalahan yang lain. Saya ada bersama kamu, Sarawak; marilah kita bersama-sama selesaikan apa sahaja masalah yang dialami."

Selain itu, Najib juga menegaskan berulang-ulang kali di dalam teks ucapannya bahawa beliau sentiasa berada di belakang Tun Dr. Mahathir Mohamad setiap kali mantan PM itu diselar.

"Apabila kita tiada masalah, semua orang akan sokong kita. Betul? Ianya mudah. Apabila kita mengalami sedikit masalah, saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

"Pelbagai masalah negara berlaku semasa era pentadbiran PM terdahulu, malah berskala lebih besar.

"Namun, sokongan saya padanya tetap utuh sepanjang 22 tahun beliau menjadi PM. Saya begitu setia dan oleh kerana adanya pemimpin seperti saya, beliau dapat bertahan selama 22 tahun."

Najib kemudiannya menyatakan hari ini merupakan era beliau pula sebagai Perdana Menteri, dan beliau tidak akan meletakkan jawatan untuk memuaskan hati satu pihak.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lebih banyak perkara untuk Sarawak "lebih daripada perdana menteri sebelum ini yang telah berkuasa selama 22 tahun".

Katanya rakyat Sarawak tahu bagaimana untuk berterima kasih kerana selama ini, Najib benar-benar menunjukkan penghargaannya kepada Sarawak melalui tindakannya memajukan negeri ini.-MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saya Punyai Semangat Kepahlawanan Tinggi, Tegas Najib"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info