Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bogel

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bogel
6/8/2015 11:45:58 PM

DUA malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu sebelum ini antara mereka yang pernah terlihat pelancong asing berbogel di puncak gunung itu pada 30 Mei lalu.

Memetik laporan The Star, kakak kepada mendiang malim gunung Joseph Solugin, Myren berkata adiknya ada bercerita kepada isterinya mengenai insiden sekumpulan pelancong asing berbogel di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu.

Menurut Myren, isteri adiknya ada bercerita Joseph pulang dalam keadaan sugul pada hari itu sambil berkata, "Hari ini saya begitu malang. Robbi dan saya melihat sekumpulan pelancong asing berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu."

Joseph dan Robbi Sapinggi maut dalam gempa bumi yang turut mengorbankan 14 mangsa yang terdiri daripada warganegara Singapura, Filipina dan Jepun.

Masyarakat Sabah percaya tindakan pelancong asing berbogel dan membuang air di puncak gunung itu telah membangkitkan kemarahan 'semangat' Gunung Kinabalu.

Sehubungan itu, satu upacara 'penyucian' gunung itu akan diadakan pada masa terdekat.

– MYNEWSHUB.CC

Gempa bumi di Sabah: Peranan Malim Gunung

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bogel"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info