Siakap Keli News |
Bogel di Gunung Kinabalu: Salah Seorang Suspek Sudah Ditahan
6/8/2015 9:21:00 AM
KOTA KINABALU, 8 Jun: Salah seorang dari 10 pelancong yang kini sedang diburu oleh polis kerana berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu baru-baru ini telah ditahan dan bakal dilepaskan pada Isnin ini.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman, lelaki Eropah yang berusia 38 tahun itu ditangkap di terminal tambang murah di Tanjung Aru. Menurut laporan dari mStar Online, lelaki berkenaan berhajat meninggalkan negara untuk ke Filipina.
Kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam dan boleh dikenakan denda sehingga RM400.
Sebelum ini, gambar sekumpulan pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di Gunung Kinabalu menjadi viral di media sosial seterusnya mencetus kemarahan orang ramai terutamnya kaum Kadazan Dusun yang menganggap Gunung Kinabalu sebagai tempat yang suci. - Siakapkeli.my
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Bogel di Gunung Kinabalu: Salah Seorang Suspek Sudah Ditahan"