Anwar Pertahan DAP, Gesa PAS Kaji Semula Usul Batal Hubungan

 

 

Siakap Keli News

Anwar Pertahan DAP, Gesa PAS Kaji Semula Usul Batal Hubungan
6/8/2015 11:14:00 PM


SUNGAI BULOH: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut PAS mengkaji semula usul membatalkan hubungan dengan DAP sebagaimana yang diluluskan dalam Muktamar Tahunan PAS, minggu lalu.
Gesaan itu disampaikan oleh Naib Presiden PKR, N Surendran ketika mengadakan pertemuan semalam.
"Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang diterima di muktamar PAS.
"Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksanakan pada ketika ini," kata Anwar dalam perutusan itu.
Malah Anwar turut menghantar pesanan khusus buat pemimpin PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
"DAP yang lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan.
"Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan PR terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat," katanya.
Minggu lalu, sebaik sahaja PAS menerima usul membatalkan hubungan dengan DAP tanpa bahas, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa mana-mana wakil parti Islam itu yang memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang untuk meletak jawatan. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Anwar Pertahan DAP, Gesa PAS Kaji Semula Usul Batal Hubungan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info