Polis tumpas sindiket cukai jalan palsu

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Polis tumpas sindiket cukai jalan palsu
6/9/2015 2:56:36 PM

Polis tumpas sindiket cukai jalan palsu

RAZAK (dua dari kiri) menunjukkan cukai jalan kenderaan palsu, mesin pencetak dan komputer yang dirampas dalam beberapa operasi di sekitar daerah Johor Bahru, ketika mengadakan sidang media di IPD Kulaijaya, Johor Bahru. – Foto Mohd Azren Jamaludin

KULAIJAYA: Polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cukai jalan kenderaan dengan penahanan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Razak Md Said berkata polis menemui 41 dokumen cukai jalan kenderaan palsu dan merampas sebuah komputer, mesin pencetak serta mesin pengimbas dalam serbuan pada pukul 8.45 malam, 2 Jun lepas.

"Siasatan awal menunjukkan suspek telah melakukan kegiatan itu sejak setahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya lelaki itu merupakan anggota terakhir rangkaian sindiket yang pernah ditumpaskan sebelum ini di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Dalam kes berasingan, Razak berkata polis menahan seorang ejen syarikat menjual pasir berumur 38 tahun dan wanita berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini, Khamis lepas, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya polis merampas ganja seberat 186.77 gram, syabu seberat 56 gram, sebiji pili ermin 5 dan wang tunai hasil jualan dadah berjumlah RM6,750. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis tumpas sindiket cukai jalan palsu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info