Tak akan biar konflik kaum, agama di negara ini – PM

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Tak akan biar konflik kaum, agama di negara ini – PM
6/2/2015 11:01:09 AM

Tak akan biar konflik kaum, agama di negara ini – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak akan benarkan konflik kaum dan agama bertapak di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau percaya kaedah berbincang mencari penyelesaian adalah langkah terbaik.

"Saya optimistik Malaysia mampu menjadi negara hebat dan menjadi negara yang terbaik bagi rakyat yang berbilang bangsa. 

"Apa yang penting, kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang bekerjasama mengekalkan keistimewaan negara ini. Jangan gadaikan apa yang kita sudah kecapi dari segi kemakmuran, ekonomi dan kemajuan yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena pelancaran pertubuhan Kristian untuk Keamanan dan Keharmonian Malaysia di sini malam ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, Najib menyeru semua pemimpin agama untuk bersama-bersama kerajaan memastikan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekian lama terjamin.

Perdana Menteri berkata, Malaysia sudah membuktikan biarpun mempunyai rakyat berbilang bangsa namun dengan semangat dan amalan Wasatiyyah, keamanan dapat dinikmati.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tak akan biar konflik kaum, agama di negara ini – PM"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info