Anwar Minta PAS Tarik Balik Usul Putus Kerjasama

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Anwar Minta PAS Tarik Balik Usul Putus Kerjasama
6/9/2015 1:27:14 AM

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa kesal dengan keputusan muktamar PAS baru-baru ini meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berkata, PAS perlu mengkaji semula usul tersebut yang dilulus tanpa dibahas supaya ia tidak dilaksanakan oleh PAS.

"Saya amat prihatin dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik.

"Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini," katanya.

Kata-kata beliau itu disampaikan kepada wakil Biro Politik PKR, N.Surendran yang bertemu dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam.

Anwar berkata, DAP telah lama menjadi rakan seperjuangan Pakatan Rakyat dan terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan.

Malah, beliau memuji DAP kerana sentiasa bersama PKR dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat.

"Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi," dakwa Anwar.

Surendran turut memaklumkan Anwar turut menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Anwar Minta PAS Tarik Balik Usul Putus Kerjasama"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info