DAP perlu berhenti menyerang PAS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

DAP perlu berhenti menyerang PAS
5/29/2015 3:04:55 AM

DAP perlu berhenti menyerang PAS

MACHANG: DAP perlu berhenti menyerang PAS jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pemimpin DAP terutamanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng perlu berhenti mengkritik PAS kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Pakatan.

"Nasihat saya kalau sayang Pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (PAS), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan).

"Kalau semua saling serang-menyerang dalam Pakatan, sah pakatan akan pecah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Kelantan di sini, pada Khamis.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sentiasa mengkritik PAS sejak kebelakangan ini, selain tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata keputusan PAS untuk kekal atau sebaliknya dalam pakatan pembangkang juga dijangka diputuskan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang berlangsung awal Jun ini.

"Itu (keputusan keluar dari pakatan) tunggu Muktamar kerana ia merupakan suara paling tinggi… jadi kita perlu tunggu," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata Muktamar berkenaan akan menjadi medan penentu sama ada PAS akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "DAP perlu berhenti menyerang PAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info