Pengarah syarikat guna surat sokongan palsu pinjam RM5.7 juta dikehendaki polis

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Pengarah syarikat guna surat sokongan palsu pinjam RM5.7 juta dikehendaki polis
5/29/2015 2:27:36 AM

Pengarah syarikat guna surat sokongan palsu pinjam RM5.7 juta dikehendaki polis

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) dikehendaki polis berhubung kes penggunaan surat sokongan palsu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pinjaman sebanyak RM5.7 juta daripada CIMB Bank Berhad (CIMB).

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supt Mak Pak Chuai, berkata pengarah syarikat RCSB, Kamar Ismail yang beralamat di Kondominium Sri Alam, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, sedang dicari bagi membantu siasatan kes.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada wakil KPM pada 16 Ogos tahun lepas yang mendakwa tandatangan bekas Ketua Setiausaha KPM, Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dipalsukan di atas dokumen "Letter of Consent" yang digunakan untuk membuat pinjaman daripada CIMB.

"Hasil siasatan polis mendapati syarikat terbabit berjaya memperoleh pinjaman RM5.7 juta daripada CIMB berikutan dokumen sokongan palsu itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mengikut perjanjian antara CIMB dan RCSB, semua pembayaran kerja kontrak oleh KPM akan dibayar kepada 'Akaun Escrow' yang diwujudkan di atas persetujuan pengarah-pengarah syarikat itu dan CIMB.

"Siasatan menunjukkan KPM tidak mempunyai pengetahuan mengenai pinjaman oleh RCSB daripada CIMB Bank. KPM tidak menerima apa-apa arahan daripada RCSB untuk membuat pembayaran kepada 'Akaun Escrow' itu," kata Mak.

Beliau berkata, pemalsuan itu menyebabkan CIMB mengalami kerugian RM5.7 juta.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Balwant Singh di Bahagian Siasatan jenayah Komersial IPD Putrajaya di talian 03-88862044 atau 012-2889007.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pengarah syarikat guna surat sokongan palsu pinjam RM5.7 juta dikehendaki polis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info