Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
MYTV masih peringkat percubaan – Jailani
5/29/2015 3:57:40 AM
TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. – Foto Syahirah Abdullah
KUALA TERENGGANU: Saluran televisyen percuma Malaysia yang dijadual menggunakan sistem digital pada tahun ini, MYTV masih lagi dalam peringkat percubaan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Beliau berkata, pihak kementerian masih kekal dengan komitmen untuk melaksanakannya pada tahun ini dengan menggunakan stesen pemancar di beberapa kawasan di seluruh negara.
"Selepas tempoh percubaan ini berjaya dan kita puas hati, barulah kita mulakan siaran bermula di tiga negeri di Pantai Timur dahulu dan selepas itu, kita akan susurkan ke Sabah dan Sarawak sebelum ke seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Meraikan 1 juta Pelanggan NJOI dan pelancaran Saluran Hiburan Maya HD di sebuah pasar raya di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan.
Menurut Jailani, MYTV yang menggunakan sistem digital akan membolehkan penonton menikmati gambar dan audio lebih berkualiti hasil pertukaran sistem analog sedia ada digunakan sekarang kepada perkhidmatan penyiaran 'Digital Terrestrial Television Broadcasting' (DTTB).
MYTV Broadcasting Sdn Bhd adalah syarikat berteknologi tinggi di bawah firma telekomunikasi Kumpulan Altel Holdings kini bekerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan DTTB di Malaysia, menjadikannya infrastruktur DTTB pertama di negara ini.
Fasa pertama DTTB dijangka bermula di Kelantan, Terengganu dan Pahang meliputi 85 peratus populasi sementara fasa kedua menyasarkan 98 peratus populasi di seluruh negara.
– BERNAMA
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "MYTV masih peringkat percubaan – Jailani"