JUARA KILAUAN EMAS 5 - MUSTAR RAIH RM100,000

 

 

myartis.com
LAMAN HIBURAN PERTAMA DI MALAYSIA Blog gosip artis Malaysia yang pertama, sensasi dan panas. Tak lupa ada gambar artis Malaysia yang panas, sosial dan terkini untuk semua. selebriti sensasi beautiful nara roti kaya TV3 Tonton TV9 myartismy hangat panas video Youtube facebook twitter Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru - MYARTIS.COM

JUARA KILAUAN EMAS 5 - MUSTAR RAIH RM100,000
5/27/2015 6:50:00 PM

Konsert terakhir Kilauan Emas Musim Ke-5 yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB semalam telah melabuhkan tirainya apabila Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar dinobatkan sebagai juara.

Mustar telah membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, sebuah motosikal bernilai RM50,000, kerusi urut dan trofi. Mustar turut menerima Anugerah Khas Juri dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Naib juara telah diduduki oleh Wan Muhammad Logan Wan Abdul Rahman atau Elji yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM50,000, perkakas memasak dan trofi.

Klik gambar untuk size besar

Bagi tempat ketiga dan keempat pula telah dimenangi oleh Mursalim Muhidin (Aling) dan Hazlina Wati Zainuddin (Lina). Aling menerima hadiah wang tunai RM30,000, perkakas memasak dan trofi, manakala Lina menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, anugerah penaja iaitu Anugerah NOP (Nestle Omega Plus) yang menyediakan hadiah wang tunai RM15,000 dan trofi menjadi milik peserta yang tersingkir pada minggu kedua, Nurashikin Ibrahim (Ann)

Tahniah kami ucapkan buat para pemenang!

Foto & info: BH Online

         ________________________

    FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

Follow @myartisdotcom

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "JUARA KILAUAN EMAS 5 - MUSTAR RAIH RM100,000"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info