Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
TPM pulang bercuti dari luar negara
6/2/2015 9:59:50 AM
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut para penyokong ketika pulang dari bercuti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – Foto Fariz Iswadi Ismail
SEPANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di tanah air sebentar tadi selepas bercuti di luar negara dan disambut oleh kira-kira 50 penyokongnya.
Muhyiddin keluar dari Bilik Khas bagi orang kenamaan di Aras 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kira-kira jam 9.30 malam dan terus menuju ke kenderaannya yang sedia menunggu di luar terminal KLIA dengan diiringi pegawai serta pengiringnya.
Beliau bagaimanapun tidak bercakap kepada media yang sudah menunggu di KLIA sejak jam 7 malam.
Bagaimanapun, ketika ditanya bagaimana perasaan beliau selepas menjejakkan kaki ke Malaysia, Muhyiddin hanya berkata "Good" (bagus), sambil tersenyum.
Sementara itu, seorang penyokong yang juga ahli UMNO ketika ditemui berkata, kehadiran mereka hanyalah untuk menunjukkan kesatuan dan tidak mahu ada pihak cuba memecah belahkan parti itu.
Kepulangan Muhyiddin malam ini daripada bercuti di Australia sejak 26 Mei lalu menarik perhatian media dan blog dengan pelbagai andaian dan spekulasi tercetus.
Ini kerana beliau tiada dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberi kata dua kepada para Menteri untuk meletak jawatan jika tidak menyokong rancangan pemulihan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mengikut beberapa blog, pegawai pejabat Muhyiddin dikatakan menghantar SMS meminta penyokong berkumpul menyambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri di KLIA malam ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai Muhyiddin dilaporkan berkata, SMS berkenaan bukan dikeluarkan pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "TPM pulang bercuti dari luar negara"