Sukan SEA: Keputusan separuh masa pertama

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sukan SEA: Keputusan separuh masa pertama
6/2/2015 9:38:35 AM

Sukan SEA: Keputusan separuh masa pertama

PEMAIN B-23 Malaysia, Matthew Thomas (tengah) diasak pemain Vietnam, Ho Ngoc Thang (kiri) ketika perlawanan Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara berdepan tugas sukar apabila ketinggalan 2-0 bertemu Vietnam berakhir babak pertama perlawanan kedua Kumpulan B Sukan SEA Singapura, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Bishan itu, gol Vietnam dijaringkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mac Hong Quan pada minit ke-14.

Penalti kepada Vietnam berpunca daripada kekasaran yang dilakukan pertahanan negara, Amer Saidin terhadap Do Duy Manh di dalam kawasan penalti.

Ketika Malaysia rancak memburu jaringan penyamaan, kelemahan benteng pertahanan dimanfaat sepenuhnya Vietnam yang berjaya meledakkan gol kedua pada masa kecederaan menerusi Nguyen Cong Phuong.

Malaysia berjaya menang perlawanan pertama Kumpulan B dengan menundukkan Timor-Leste 1-0.

Vietnam pula menang besar 6-0 ke atas Brunei.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sukan SEA: Keputusan separuh masa pertama"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info