Tasha Shilla Dedah Sebab Dia Makin Kurus Selepas Dijadikan Tikus Makmal

 

 

Siakap Keli News

Tasha Shilla Dedah Sebab Dia Makin Kurus Selepas Dijadikan Tikus Makmal
6/4/2015 4:15:00 AM



Sebelum ini ramai tertanya-tanya kenapa Tasha Shila sekarang dilihat begitu kurus dan ada peminat mengatakan Tasha sakit?

Ramai juga peminat menyuarakan rasa risau dengan keadaan kerana sebelum ini heboh diperkatakan Tasha terkena sihir.

Tasha ini. Hari ini Tasha Shila telah tampil menjawab segala pertanyaan peminat kenapa dia kurus.

Melalui Mangga Online, dia mendedahkan punca sebenar dia kelihatan begitu kurus sekarang adalah kerana menjadi tikus makmal ataupun testimoni bagi sebuah produk minuman kesihatan.

"Sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu 4 bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga.

"Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal & urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya," ujar Tasha Shilla.

Wah, nampaknya kalau inilah testimoni yang dihasilkan dengan penggunaan produk tersebut pasti ramai yang akan berlumba-lumba membeli produk berkenaan. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tasha Shilla Dedah Sebab Dia Makin Kurus Selepas Dijadikan Tikus Makmal"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info