Tasha Shilla Dedah Makin Kurus Angkara Jadi Tikus Makmal Produk

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Tasha Shilla Dedah Makin Kurus Angkara Jadi Tikus Makmal Produk
6/4/2015 1:37:05 AM

Bagi yang mengikuti perkembangan Tasha Shilla menerusi laman Instagram, mesti perasan akan perubahan drastik bentuk fizikal aktres jelita ini yang semakin kurus.

Berikutan itu, ramai peminat menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan pelakon ini.

BACA: Tasha Shilla Meracau Di Set, Kena Sihir Buatan Orang

Apatah lagi, sebelum ini heboh berita yang mendakwa Tasha terkena sihir buatan orang hingga menyebabkan pelakon ini meracau di set penggambaran.

Bercakap kepada Mangga Online, Tasha mendakwa punca sebenar perubahan fizikalnya adalah kerana menjadi tikus makmal kepada sebuah produk minuman kesihatan.

"Sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu 4 bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga.

"Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal & urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya," ujar Tasha Shilla.

Dengan hasil perubahan susuk badan Tasha kini, kami yakin mesti ramai yang berlumba-lumba mahu membeli produk kesihatan Tasha Shilla.

Apatah lagi, bentuk badan Tasha Shilla yang begitu mengancam ini memang menjadi idaman kepada setiap wanita. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tasha Shilla Dedah Makin Kurus Angkara Jadi Tikus Makmal Produk"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info