AirAsia Dan Malindo Sedia Tawarkan Pekerjaan Kepada Kakitangan MAS Yang Diberhentikan

 

 

Siakap Keli News

AirAsia Dan Malindo Sedia Tawarkan Pekerjaan Kepada Kakitangan MAS Yang Diberhentikan
6/4/2015 3:16:00 AM



SEPANG: Nasib kakitangan 6000 kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang bakal diberhentikan nampaknya sedikit mendapat seniar harapan selepas dikatakan dua syarikat penerbangan tempatan sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Perkara ini diasampaikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata  Air Asia dan Malindo Air bersedia untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang terlibat diberhentikan.

"Perkembangan positif itu adalah kesan daripada keuntungan yang diraih jika negara mempunyai lebih daripada satu syarikat penerbangan."

"Ini satu petunjuk baik dalam bidang penerbangan apabila kita ada banyak syarikat penerbangan yang boleh menampung keperluan kakitangan yang diberhentikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan majalah Malindomag di KLIA3 hari ini.

Sebelum ini, MAA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, Christoph Mueller bertindak memberhentikan seramai 6000 kakitangan pekerjanya dan akan nasib mereka akn ditentukan dalam masa dua minggu lagi kerana bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu akan menawarkan 500 peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan MAS dari semua peringkat jawatan.

"Adalah lebih baik untuk mengambil bekas kakitangan MAS kerana mereka sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman," katanya. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "AirAsia Dan Malindo Sedia Tawarkan Pekerjaan Kepada Kakitangan MAS Yang Diberhentikan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info