“Gempa Bumi Petanda Akhir Zaman” – Pemuda PAS

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

"Gempa Bumi Petanda Akhir Zaman" – Pemuda PAS
6/8/2015 1:55:38 AM

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mengingatkan orang ramai bahawa kejadian gempa bumi yang kerap berlaku adalah petanda akhir zaman.

Justeru, Ketua Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta rakyat Malaysia mengambil peringatan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah.

"Banyaknya gempa bumi adalah antara alamat akhir zaman. Mari mengambil peringatan dengan infaq dan menderma kepada mangsa gempa," katanya melalui entri Facebook beliau hari ini.

Nik Mohamad Abduh baru-baru ini turut menegaskan bahawa bencana gempa bumi yang melanda Sabah merupakan satu peringatan daripada Allah S.W.T.

Tegas beliau, perkara itu terkandung dalam firman Allah S.W.T yang menyebut bencana berlaku kerana Allah S.W.T hendak merasakan sebahagian balasan perbuatan buruk yang telah dilakukan.

"Sebagai seorang muslim, ini merupakan suatu peringatan daripada Allah S.W.T tentang kekuasaannya," tegasnya Nik Mohammad Abduh. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "“Gempa Bumi Petanda Akhir Zaman” – Pemuda PAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info